Thursday 21 March 2013

TUNKU HERBA IBU & ANAK MURAH

TUNKU HERBA IBU & ANAK

Tungku Herba adalah rawatan alternatif dari amalan tradisi masyarakat Thai, mengandungi pelbagai jenis herba antaranya serai wangi, halia bara, limau purut, dan lain-lain yang dibungkus dalam bungkusan kain cotton. Ia berfungsi seperti tungku batu amalan tradisi yang dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu tuam ke badan terutama perut atau bahagian yang ingin dirawat.

FUNGSI
Tungku Herba sangat sesuai untuk:
· Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor bagi ibu lepas bersalin.
· Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.
· Merawat lenguh-lenguh, sengal badan dan kebas.

cara PENGGUNAAN
· Letakkan 1 bungkus Tungku Herba di atas pengukus (Boleh menggunakan periuk kukus). Biarkan antara 5 - 15 minit
· Setelah panas keluarkan dari pengukus kemudian terus tuam ditempat yang diinginkan.Tuam pada satu-satu tempat dengan tempoh masa yang lebih lama disesuatu bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.
· Apabila telah sejuk, masukkan semula ke dalam periuk kukus dan panaskan semula bila hendak digunakan. Ulang cara bertungku yang sama.
 


No comments:

Post a Comment